Get Adobe Flash player

BLOG

Ramai Cover Hanya Rindu Andmesh

Fuhh.. Ramai giler cover lagu Hanya Rindu nyanyian asal Andmesh Kamaleng nih. Tak caya korang search kat Youtube, pastu korang bagitau aku versi yang mana korang suka?. Versi yang aku pilih ada kat bawah. Korang tau tak kenapa lagu ni berhantu dan ramai penyanyi nak cover? Well, Setelah aku buat kajian, boleh aku simpulkan lagu ni ‘berhantu’ sebab 2 perkara. Ni pendapat aku la..

Pertama mungkin sebab lagu ni dicipta secara spontan. Kira idea yang datang tiba-tiba, saat Andmesh merasakan kerinduan yg amat sangat pada 2 orang tersayang yang meninggal dunia dalam tahun yang sama.. iaitu ibu dan kakaknya. Bak kata kebanyakan orang seni, idea yang hebat tu datang tiba-tiba dan spontan. Ianya macam berlian belum dicanai. Bila dah gilap dan gubah cantik, jadi lah ianya sebuah mahakarya.

Kedua, mungkin kerana kisah disebalik perasaan tu. Hampir semua orang tahu juara Rising Star Indonesia musim kedua itu kehilangan orang tersayang satu demi satu. Bermula dengan kehilangan ayah nya Yes Kamaleng yang juga seorang musician, (pemain keyboard) pada 2016, kemudian pada tahun 2018, kakak dan ibu Andmesh meninggal dunia berselang sekitar 8 bulan. Atas minat pada seni sejak kecik, Andmesh memindahkan “rasa” itu pada lagu gubahannya. Namun “rasa” itu sangat kuat pada lagu Hanya Rindu sebab dalam lagu ini, jelas Andmesh menyampaikan rasa terkilannya pada Tuhan. Dan meluahkan rasa tidak bersedianya dia kehilangan orang tersayang, pada Tuhan. Inilah sebab utama pada pendapat aku, yang menjadikan lagu Hanya Rindu “berhantu”. Hari ni, Oktober 2019, Hanya Rindu dah mempunyai berpuluh versi dan di cover oleh ramai giler penyanyi diseluruh dunia. Jarang sangat berlaku seperti ini. Biasanya lagu cover ni “berhantu” bila penyanyinya dah lama takde..

Tapi, mungkin inilah gantinya Tuhan bagi kelebihan pada Andmesh yang mempunyai suara yang merdu dan dia bolehlah aku anggap sebagai seorang penyanyi yang versatile.

So.. versi Hanya Rindu yang mana menjadi favourite korang.. aku pilih yang bawah nih.. letak link versi korang kat komen pls.. Thanks

—————————————————